Thursday, March 14, 2013

Skoliosis

Skoliosis adalah suatu penyakit di mana tulang belakang tersasar daripada kedudukan asal sehingga mengubah bentuknya yang lurus. Masalah ini berlaku disebabkan oleh beberapa punca iaitu perubahan hormon khusus bagi remaja, kelemahan otot tulang belakang, kemalangan dan himpitan saraf. Rawatan manual terapi ialah membetulkan tulang yang tersasar dengan kaedah senaman atau manipulatif bagi setiap tulang vebtebral yang terlibat. Titik-titik magnetik di sepanjang tulang belakang juga diaktifkan kembali supaya tenaga elektromagnetik disekitarnya berada dalam laluan yang betul kemudian membetulkan kedudukan tulang vebteral secara tidak langsung. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 0193808132.

Wednesday, February 27, 2013

Kesakitan Kepala yang keterlaluan atau Migrine

Banyak punca yang menyebabakan sakit kepala. Salah satu sebab punca yang menyebabkan berlaku adalah tekanan pada salur darah basilar(lihat rajah). Tekanan pada salur darah ini terjadi kerana peralihan atau tersasarnya tulang atlas(lihat rajah) daripada kedudukan asal. Tulang atlas ini tersasar  kerana pesakit mengamalkan postur yang salah seperti tidur diatas sofa dengan leher bengkok searah, menonton atau membaca dengan kepala dan leher sentiasa ke hadapan, sentiasa melakukan kerja yang mendonggak ke atas dan pelbagai aktiviti yang boleh mengerakkan tulang atlas dari kedudukan asalnya. Gejala sakit yang sering pesakit mengadu yang berpunca dari tulang atlas yang tersasar adalah sakit bermula dari belakang leher kemudian bergerak di hadapan mata. Pesakit juga rasa pitam atau ingin pensan kadang kala keletihan yang keterlaluan. Rawatan untuk kes begini adalah membetulkan kembali tulang atlas yang tersasar di samping mengajar pesakit postur yang betul semasa di rumah, di tempat kerja dan semasa bersukan. Titik-titik trigger yang tersumbat juga akan dilepaskan dengan mengunakan kaedah manual terapi. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI 0193808132(KLINIK SMT MANUAL TERAPI)

Thursday, February 21, 2013

Rawatan masalah sendi di tulang belakang

Terdapat dua sendi di tulang belakang iaitu sendi faset dan sendi intervebtebral. Sendi ini penting dalam memainkan peranan untuk mengerakkan tulang belakang dalam apa jua keadaan. Lokasi sendi faset terletak ke tepi dari tengah tulang belakang manakala sendi intervebtebral terletak di tengah tulang belakang. Garis A mewakili sendi faset manakala garis B mewakili sendi intervebtebral. Memberi tekanan atau  urut dengan mengunakan jari dan minyak pada garis ini akan mengurangkan sakit pada sendi ini. Perawat boleh merawat pesakit mereka yang mengalami masalah tulang belakang dengan mengunakan garis ini. Sekiranya sakit tulang belakang sebelah kiri urut atau tekan garis disebelah kiri dan sekiranya sakit di sebelah kanan urut di sebelah kanan. Urutan tidak perlu terlalu kuat dan tidak terlalu ringan, tekanan atau urutan yang sederhana adalah yang terbaik.

Friday, February 1, 2013

Kesakitan tulang belakang disebabkan oleh masalah tulang ilium

Banyak punca yang menyebabkan berlakunya kesakitan tulang belakang. Salah satu puncanya adalah disebabkan tulang disekitarnya bergerak dari kedudukan biasa. Perubahan yang sedikit pada tulang ini boleh menyebabkan sakit mula terasa. Rajah di sebelah menunjukan perubahan tulang ilium turun kebawah telah menyebabkab kesakitan berlaku. Rawatan untuk masalah ini adalah dengan membetulkan kembali kedudukan tulang ini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, January 7, 2013

Gelang Magnetik di kepala

 Gelang magnetik  no 20 (GM 20)   -Lokasi -Kawasan tengah leher. -Perwakilan -Sendi intervertebral & faset Gelang magnetik no 21(GM 21)   -Lokasi- Kawasn zon bawah tengkorak. -Perwakilan-Kawasan bawah saraf pusat. Gelang magnetik no 22(GM 22)   -Lokasi-Kawasan tengah tengkorak. -Perwakilan-Kawasan tengah saraf pusat.   Gelang magnetik no 23(GM 23)   -Lokasi-Kawasan atas tengkorak. -Perwakilan-Kawasan atas saraf pusat.



Thursday, November 8, 2012

Merawat masalah anggota atas yang mengalami kekejangan

Garis magnetik di rajah bawah boleh digunakan untuk mengurangkan kekejangan, kesakitan dan kelemahan di kawasan yang berhampiran. 1) B9 RM, B9 RP dan B9 RL boleh digunakan untuk merawat di kawasan bahu dan leher. 2) B6 RA boleh merawat masalah otot hadapan dada dan organ dalaman di bawahnya. 3) B10 RM,B10 RM, B10 RL boleh merawat masalah sendi siku dan lain masalah seperti tennis elbow, golf elbow dan kepatahan tulang siku. Kaedah: Tekan garis yang hendak dirawat dan gerak keatas dan kebawah berulangan sebanyak 15 kali. Pastikan tangan atau jari anda berminyak sedikit untuk memudahkan urutan garis ini. Ulang selama 2 hingga 4 hari.


Monday, November 5, 2012

Gelundung magnetik di kepala dan proses mengurangkan kesakitan.


Nama: Gelendung magnetik(magnetic coil) di atas kepala. Segala tenaga cas-cas dalam tubuh terkumpul di sini. Sekiranya tubuh anda sedang sakit, cas-cas positif bertambah di kawasan ini.Garis-garis berwarna merah dan biru itu adalah garis magnetik yang berfungsi membawa dan mengawal cas-cas dari sekelilingnya.
Implikasi: Keadah SMT Manual Therapy akan mengurangkan cas-cas yang berlebihan diatas kepala dengan mengunakan aruhan tangan untuk mengurangkan sebarang kesakitan.